Isnin, 1 November 2010

Rabu, 9 Jun 2010

DI RUMAH ANAK YATI M SAINT JOSEPH





CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2010 sesi 1

Cuti ini aku masih keliru .Segala kerja tidak boleh buat akibat kekeliruan ,Ya Allah permudahkanlah urusan aku,hanya engkau yang mengabulkan setiap doa,aku dah tidak tertahan dengan tekanan selama ini,Semoga ada cahaya di penghujung jalan,aku tidak mampu ,hanya engkau,Ya allah yang berhak memberinya

Cuti pertengahan tahun ini dimulai dengan hari Sabtu 5 hb Jun,aku mengetuai rombongan PBSM ke rumah Anak Yatim Saint Joseph,George Town ,Pulau Pinang.perjalanan hampir 1 1/2 jam dari Parit Buntar,sesampai di sana terkejut apabila tersergam rumah anak yatim yang besar dikelilingi dengannya oleh gereja,kami diberitahu ada 40 orang anak yatim tinggal di sini,dari pelbagai bangsa dan agama,sekali lagi aku terkejut apabila terpapar nama muslim seperti Hashim,Azura,Hamid tetapi dari segi perlakuan tak menunjukkan Islam apatah lagi sejak kecil mereka dididik secara Kristian,Rasa sedih pun ada dengan situasi ini,terfikir dalam hati ini ,kemana perginya organisasi Islam dalam hal seperti ini,Pengalaman dua jam di sini memberikan satu keinsafan yang perlu umat bersatu atas landasan Islam dalam mengharungi Kristinasi yang hebat sekarang ini