Isnin, 30 November 2009

Ahad, 29 November 2009


Gambar puteri-puteriku

Hari ini

Hari ini aku menginap di rumah pendang,rumah yang dibeli hampir 3 tahun yang lepas,seb tak boleh tukar,itu yang kami sefamily boleh menginap setahun beberapa hari sebab aku dan isteri masih mengajar di Perak.Letih pun ada juga berkemas seharian suntuk sebelum datang menginap di sini
Pagi tadi kalau lama di um ,sms yang bertanyakan tentang tunggakan guru tingkatan 6,kenapa aku dah dapat,kenapa johor belum lagi...sabar insyaallah lepas ini masuk lah tu,jangan bimbang kan satu malaysia ,rakyat didahulukan ,lagipun johor kan terkenal dengan setia dengan parti pemerintah,tentu dapat punya
Dalam sms itu juga aku mengajak beliau untuk menziarahi kami di kota bharu sebab kami akan pulang ke sana pada 8hb disember sampai 26 disember.tentang wang tak perlu dirisaukan,yang penting kita dapat relax dalam cuti ini...kepada beliau juga aku harap ziarahi blog ini dapat bertukar maklumat
Ya allah ,aku pohoni permudahkanlah urusan master aku khasnya dalam topik Hamka,supaya aku dapat menjalani penyediaan proposal dengan tenang dan dipermudahkannya
Kepada student panglima yang mengambil stpm 09 ,kuatkan semangat selepas aidil adha ,yakin anda boleh...amin

Ahad, 22 November 2009

pengajian am kertas 2

Hari ini peperiksaan kertas 2 pengajian am,harapan cikgu ,semua student stpm 09 dapat menjawab dengan tenang,ingatlah usaha anda tidak akan dipersiakan allah...teruskan berusaha sehingga masa terakhir....selamat exam

Jumaat, 20 November 2009

MUNAJATKU

Hari ini cuti pertama penggal terakhir persekolahan 2009,semoga percutian ini mengeratkan silaturahim antara sekeluarga.Cuti ini juga berpeluang untuk bercuti tetapi masih keliru untuk bercuti ke mana,Langkawi atau Trengganu atau Melaka ,yang penting kena pergi juga bercuti untuk merehatkan minda dan cari ketenangan selepas kena brain wash hampir setahun.
Diharap tahun mendatang ,peningkatan amal ibadah akan berlaku kepada diri ini.Kata Hamka manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang dia ada seperti orang miskin memandang orang kaya itu mulia ,begitu juga orang sakit merasa bahagia sekiranya melihat orang sihat.Tetapi apa sebenarnya Falsafah Bahagia kepada seseorang insan di muka bumi ini.Adakah pangkat ,harta atau pun segalanya.Namun yang pasti tiada kepuasan yang lebih bermakna dari mencintai Allah.Nur Kasihnya Allah kepada insan melebihi segalanya.Kita bernafas,berhujah ,melihat adalah dengan rahmatmu.Kadang-kadang diri bertanya adakah aku ini mencitainya,sedangkan amalanku tak menunjukkan ke arah mendambakan diri kepadanya.

Ya Allah ,tunjukilah kami jalan yang luruh,jalan para mujtahidmu,kurniakanlah kami kekuatan mengamalkan syariatmu dalam diri kami dan keluarga kami,jadikanlah anak isteri kami yang solehah dan penyejuk jiwa dan pelajar kami yang taat kepada Mu dan jangan jadikan mereka lebihkan cinta dunia melebihi cinta akhirat kerana kehidupan akhirat adalah kehidupan realiti sedangkan kehidupan dunia ini hanya sekadar singgahan dan sementara.

Jadikanlah percutian kami ini diberkatimu dan jangan jadikan kami menjadi beban kepada masyarakat .Ya Allah jangan jadikan perasaan dengki manusia kepada kami..permudahkanlah semua urusan kami...amin

Isnin, 16 November 2009

khaidir

khaidir,cikgu rindu berjumpa dengan anda,biarpun khaidir ,anak murid cikgu tahun 2001,masa cikgu di besout,kenangan bersama khaidir dan rakan-rakan tak akan cikgu lupakan,biarpun kenangan cikgu di besout susah cikgu lupakan ...namun kenangan indah bersama khaidir dn rakan-rakan akan cikgu kenang dalam hidup cikgu......ingatlah cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda kalian

Ahad, 15 November 2009

hari ini ,aku kembali ke bagan serai,smalam alwi ada tanya aku dah habis ke buat master,tahniah kat dia dah dapat master hadis,insyaallah kalau tiada aral ,aku akan sambung kembali yang tertangguh tu,kajian tentang hamka dan falsafahnya...insyaallah akan cuba habiskan....,hati ini kalau boleh nak pi mengajar di universiti ,..tak dapat diceritakan di sini,yang pasti apa yang aku dapati dan alami aku terima dengan redha,allah maha pemberi...syukur kepada mu ALLAH....biarpun kadang-kadang diri ini alpa dengan mu ,kau tak pernah lupa kepadaku...banyak rezeki kau ber kepadaku...anak yang comel,isteri yang sejuk mata memandang ,aurat terjaga ....aku tak perlu menanggung dosa...bahkan menapat pahala atas kepatuhan kepada syariat menutup aurat...syukur ya allah...........Ya allah,berikanlah diri ketabahan menghadapi segala cubaan dan hindarkan cubaan yang tak sanggup kami hadapi .....Pelajar yang baik ,alhamdulilah,kalian semua baik ,ingatlah berjaya dalam stpm atau tidak,ukuran manusia di hadapan Allah ialah orang yang patuh kepada syariatnya.tidak guna pandai tetapi hubungan dengan allah tidak baik.....baiklah di dunia dan akhirat....terima kasih kepada mu Ya allah

Jumaat, 13 November 2009

HARI INI SEMPAT SINGGAH KE KEDAI BUKU JAAFAR RAWAS,KOTA BHARU,BELI BUKU KARANGAN ULAMA TERSOHOR NUSANTARA HAMKA,PUAS JUGA BELIK LASTLY BELI JUGA ,BELI JUGA UNTUK PELAJAR ISTERI ,BUKU MOTIVASI,STUDENT INI PERLU DIMOTIVASI DENGAN POSITIF....ITULAH INDAHNYA TARBIYYAH ISLAM,MENDIDIK MANUSIA SECARA LEMBUT DALAM KETEGASAN...HANYA KEPADA ALLAH AKU BERSERAH

Khamis, 12 November 2009

hari ini

Hari ini adik ipar accident kereta,kira tayar pecah juga,motorsikal yang dia langgar teruk di bahagian depan,kejadian berlaku seleps jumaat,ada kot hikmahnya .....memanglah dia pun risau isterinya tidak dapat pindah ke kelantan....kasihan juga ........tapi dah guru buat camana

KENALAN-KENALAN DI UM

KADANG DIRI INI RINDU KEPADA RAKAN -RAKAN LAMA DI UM ,DI MANA KALIAN BERADA ,HARAP BOLEH CONTACT SAYA SELEPAS INI......HISHAMUDDIN BIN BEDUL,AZRUL AKMAN DAUD ,RASHIDI SAAD....JUGA KENALAN DI MAKTAB PERGURUAN KENINGAU......KENANGAN BERSAMA ANDA SUSAH HENDAK DILUPAKAN