Khamis, 29 April 2010

CORETANKU

Esok hari Jumaat,dah nak masuk bulan 5 tetapi tahun ini aku rasa macam cepat masa berlalu,sibuk dengan aktviti sukan yang entah apa-apa ,sedangkan peperiksaan pelajar khususnya STPM makin hampir,aku jadi takut walaupun bukan aku yang periksa ,adakah mereka bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma bulan 11 nanti,hanya doa dan usaha yang terdaya yang aku panjatkan supaya mereka berjaya
Mengajar di sekolah harian biasa ini berbeza dengan sekolah yang aku pernah belajar,sibuk dengan pelbagai ragam yang tak menjurus ke arah akademik,tak tahulah mungkin mereka boleh berjaya kot dengan keadaan ini,harap macam tulah.Itu tak masuk ada pelajar yang tak memberi perhatian sepenuhnya , main-main ,bertambah risau hati ini

Apa pun semoga Allah permudahkan laluan mereka ,program PPPD pun banyak bermula selepas cuti,Harap selepas prograam yang diatur oleh PPPD dapat membantu mereka ,Terima kasih En Hassan,PPPD bahagian Kemanusiaan yang gigih mengatur strategi,buat pertama kali aku pun dilantik jadi Fasilitator dalam program kecemerlangan itu,Harap semua okay

Insya Allah dalam bulan 7 ni aku akan daftar sebagai pelajar di USM dalam pengajian Master Pemikiran Islam ( Tamadun) secara penyelidikan part time ,Harap kali ini dipermudahkan urusan pengajian ini,Harap kepada kau kami pohonkan Ya Allah,mudahkan dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.