Isnin, 1 November 2010

Rabu, 9 Jun 2010

DI RUMAH ANAK YATI M SAINT JOSEPH





CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2010 sesi 1

Cuti ini aku masih keliru .Segala kerja tidak boleh buat akibat kekeliruan ,Ya Allah permudahkanlah urusan aku,hanya engkau yang mengabulkan setiap doa,aku dah tidak tertahan dengan tekanan selama ini,Semoga ada cahaya di penghujung jalan,aku tidak mampu ,hanya engkau,Ya allah yang berhak memberinya

Cuti pertengahan tahun ini dimulai dengan hari Sabtu 5 hb Jun,aku mengetuai rombongan PBSM ke rumah Anak Yatim Saint Joseph,George Town ,Pulau Pinang.perjalanan hampir 1 1/2 jam dari Parit Buntar,sesampai di sana terkejut apabila tersergam rumah anak yatim yang besar dikelilingi dengannya oleh gereja,kami diberitahu ada 40 orang anak yatim tinggal di sini,dari pelbagai bangsa dan agama,sekali lagi aku terkejut apabila terpapar nama muslim seperti Hashim,Azura,Hamid tetapi dari segi perlakuan tak menunjukkan Islam apatah lagi sejak kecil mereka dididik secara Kristian,Rasa sedih pun ada dengan situasi ini,terfikir dalam hati ini ,kemana perginya organisasi Islam dalam hal seperti ini,Pengalaman dua jam di sini memberikan satu keinsafan yang perlu umat bersatu atas landasan Islam dalam mengharungi Kristinasi yang hebat sekarang ini

Khamis, 29 April 2010

CORETANKU

Esok hari Jumaat,dah nak masuk bulan 5 tetapi tahun ini aku rasa macam cepat masa berlalu,sibuk dengan aktviti sukan yang entah apa-apa ,sedangkan peperiksaan pelajar khususnya STPM makin hampir,aku jadi takut walaupun bukan aku yang periksa ,adakah mereka bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma bulan 11 nanti,hanya doa dan usaha yang terdaya yang aku panjatkan supaya mereka berjaya
Mengajar di sekolah harian biasa ini berbeza dengan sekolah yang aku pernah belajar,sibuk dengan pelbagai ragam yang tak menjurus ke arah akademik,tak tahulah mungkin mereka boleh berjaya kot dengan keadaan ini,harap macam tulah.Itu tak masuk ada pelajar yang tak memberi perhatian sepenuhnya , main-main ,bertambah risau hati ini

Apa pun semoga Allah permudahkan laluan mereka ,program PPPD pun banyak bermula selepas cuti,Harap selepas prograam yang diatur oleh PPPD dapat membantu mereka ,Terima kasih En Hassan,PPPD bahagian Kemanusiaan yang gigih mengatur strategi,buat pertama kali aku pun dilantik jadi Fasilitator dalam program kecemerlangan itu,Harap semua okay

Insya Allah dalam bulan 7 ni aku akan daftar sebagai pelajar di USM dalam pengajian Master Pemikiran Islam ( Tamadun) secara penyelidikan part time ,Harap kali ini dipermudahkan urusan pengajian ini,Harap kepada kau kami pohonkan Ya Allah,mudahkan dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.

Khamis, 18 Mac 2010

Selasa, 16 Mac 2010

GAMBAR SEMASA MELAWAT ANAK SAUDARA YANG BARU LAHIR






Gambar Semasa Melawat Anak Saudara Sebelah Isteri

Sabtu, 13 Mac 2010

PEMIMPIN ISLAM

Tok Guru Nik Aziz imamkan solat Istisqa

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa yang diadakan awal pagi semalam, memberi keinsafan kepada lebih 2,000 hadirin apabila hujan mula turun sebaik sahaja rakaat pertama solat dilakukan.

Solat bermula jam 8.30 pagi itu diimamkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Padang Perdana, bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, dekat sini.

Hadir sama, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Ketika Nik Aziz sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, hujan lebat mula membasahi ribuan jemaah yang menunaikan solat tersebut.

Solat Istisqa adalah kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali dianjurkan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita solat Istisqa hari ini (semalam) mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah solat turun hujan.

“Saya sendiri didedah oleh Allah SWT dengan air hujan yang pertama semasa solat hari ini (semalam). Sangat-sangat besarlah harapan dan mudah-mudahan Allah beri pada kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu, saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa,” katanya.
sumber sinar harian

BERCUTI SEMINGGU DI WAKAF BHARU,KELANTAN

Hari ini bertolak balik ke kelantan,selepas hampir 3 bulan tak balik ke kelantan...sesampai di sini huje lebat pula,tak sangka pula sebab di perak panas ,sampai di sini huje..di bumi serambi mekah,alhamdulilah
esoknye plan nak gi ke kota bharu,nak pergi ke kedai buku jaafar rawas,nak beli buku tentang Hamka......seronoknye hujee lebat selepas panas berpanjangan berkat negeri dibawah pemerintahan islam

Sabtu, 20 Februari 2010

gambar puteriku

25hb ni

السلام عليکم

کڤد ڤلاجر تيڠکتن 6 اتس 2009،سموݢ تنڠ دالم منوڠݢو کڤوتوسن ستڤي عيم،ان شاءالله کجايأن ميليق اندا


Jadikanlah keputusan ini sebagai landasan kejayaan anda


الله تيدق اکن ممڤرسياکن اندا،ايڠتله جنجي الله