Jumaat, 20 November 2009

MUNAJATKU

Hari ini cuti pertama penggal terakhir persekolahan 2009,semoga percutian ini mengeratkan silaturahim antara sekeluarga.Cuti ini juga berpeluang untuk bercuti tetapi masih keliru untuk bercuti ke mana,Langkawi atau Trengganu atau Melaka ,yang penting kena pergi juga bercuti untuk merehatkan minda dan cari ketenangan selepas kena brain wash hampir setahun.
Diharap tahun mendatang ,peningkatan amal ibadah akan berlaku kepada diri ini.Kata Hamka manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang dia ada seperti orang miskin memandang orang kaya itu mulia ,begitu juga orang sakit merasa bahagia sekiranya melihat orang sihat.Tetapi apa sebenarnya Falsafah Bahagia kepada seseorang insan di muka bumi ini.Adakah pangkat ,harta atau pun segalanya.Namun yang pasti tiada kepuasan yang lebih bermakna dari mencintai Allah.Nur Kasihnya Allah kepada insan melebihi segalanya.Kita bernafas,berhujah ,melihat adalah dengan rahmatmu.Kadang-kadang diri bertanya adakah aku ini mencitainya,sedangkan amalanku tak menunjukkan ke arah mendambakan diri kepadanya.

Ya Allah ,tunjukilah kami jalan yang luruh,jalan para mujtahidmu,kurniakanlah kami kekuatan mengamalkan syariatmu dalam diri kami dan keluarga kami,jadikanlah anak isteri kami yang solehah dan penyejuk jiwa dan pelajar kami yang taat kepada Mu dan jangan jadikan mereka lebihkan cinta dunia melebihi cinta akhirat kerana kehidupan akhirat adalah kehidupan realiti sedangkan kehidupan dunia ini hanya sekadar singgahan dan sementara.

Jadikanlah percutian kami ini diberkatimu dan jangan jadikan kami menjadi beban kepada masyarakat .Ya Allah jangan jadikan perasaan dengki manusia kepada kami..permudahkanlah semua urusan kami...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan