Jumaat, 11 Disember 2009

hari ini di kelantan

hari ini,pergi ke bangunan mpkb beli jubah ida untuk persekolahan tahun depan.molek juga jubah di situ,ternampak satu untuk beli kat faezah,tak tahu le dia nak pakai atau tak.susah budak sekarang nak jadi moden terlebih.kalau aku lah orang sponsor aku ambil aje.kan aku nak sponsor seluar jeans atau t shirt kot yang aku tau tak sesuai dengan imej dia pelajar muslimah um.Ya allah berilah hidayah dan taufik kepada adik yang seorang ni.dia pandai dalam segala segi tapi malu kalau orang panggil dia ustazah,tak apalah dengan gelaran tu ,biarlah,yang pasti biarlah pakaian kita mencerminkan siapa kita ,jangan lah jadi orang lain,jadilah diri kita,biarlah kita berpakaian sopan dan mengikut syariat agama dari mengikut fesyen terkini remaja sekarang yang macam kain di malaysia tak cukup.berbanggalah dengan islam dari melayu.lagipun jubah pakaian international islam,orang akan gerun dengan kita kalau kita bertegas dengan pakaian islam kita,lagipun redha allah yang kita cari.Kaulah impian wanita muslimah profesinal duhai adikku yang ku sayang faezah

selepas tu ,aku pergi ke restoran arab,makan sirap arab,roti aran campur daging,sedap juga,semalam beli roti john,murtabak kelantan yang agak manis ,cocunut shake,juga pergi melawat makcik ida yang sakit ,singgah juga di rumah kak na

Tiada ulasan:

Catat Ulasan